Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

SOALAN? KAMI ADA JAWAPANNYA

PRODUK

Adakah produk Harvest Gourmet kategori vegan and vegetarian?

Semua produk Harvest Gourmet dilabel sebagai tanpa daging. Tidak diperakui vegan. Sekiranya berdasarkan peraturan tempatan, kita boleh memanggil mereka mesra vegetarian. Sensational Burger, Stir Fry Mince dan Ground Mince tidak mengandungi ramuan yang berasal dari haiwan (contohnya telur), oleh itu ia berasaskan tumbuhan. Walau bagaimanapun, produk ini mungkin mempunyai hubungan silang dengan produk yang mengandungi telur semasa pembuatan dan  mungkin mengandungi pernyataan alergen yang berpotensi ‘Mungkin mengandungi telur’ pada label.

Chargrilled Pieces dan Schnitzel mengandungi putih telur seperti yang tertera di senarai ramuan.

Adakah produk Harvest Gourmet bebas gluten?

Produk Harvest Gourmet adalah tidak bebas gluten.

Berapa lama produk Harvest Gourmet boleh bertahan selepas dibuka?

Selepas dinyahbekukan guna dalam tempoh 48 jam. Disyorkan untuk tidak dibekukan semula selepas dinyahbeku.

Bagaimana saya boleh masak menggunakan produk Harvest Gourmet?

Sila semak cara penyediaan di belakang pek. 

Bolehkah saya panaskan produk Harvest Gourmet?

Ya, tetapi kami tidak menjamin rasa dan teksturnya akan kekal sama.

Adakah produk Harvest Gourmet mengandungi GMOs ataupun bahan pengawet?

Produk Harvest Gourmet tidak mengandungi sebarang GMO dan bahan pengawet. 

Produk Harvest Gourmet diperbuat dari mana?

Produk Harvest Gourmet dikilangkan di Shah Alam, Malaysia.

Produk Harvest Gourmet diperbuat daripada apa?

Produk kami mengandungi protein kacang soya dan gandum. Kami juga menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran, buah buahan, bijirin serta herba dan rempah-ratus.

Adakah produk Harvest Gourmet dijamin Halal?

Ya, semua produk Harvest Gourmet adalah dijamin Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Bagaimanakah Produk Harvest Gourmet dihasilkan?

Produk Harvest Gourmet menjalani proses dan teknologi "bancuh dan acu". Semua bahan-bahan di campur dan di acu mengikut bentuk yang diingini.

Adakah produk Harvest Gourmet perlu dinyahbeku sebelum dimasak?

Untuk produk Chargrilled, Schnitzel dan Burger, produk dimasak terus tanpa perlu dinyahbeku, manakala Mince disyorkan untuk dinyahbeku untuk memudahkan pengendalian.

Adakah bungkusan Harvest Gourmet boleh dikitar semula?

Ya, adalah 100% boleh dikitar semula.

Adakah produk Harvest Gourmet tanpa daging?

Produk Harvest Gourmet diperbuat daripada tumbuhan dan tanpa daging. Produk Schnitzel dan Chargrilled mengandungi putih telur.  Sensational Burger, Stir Fry Mince dan Ground Mince tidak mengandungi ramuan dari sumber haiwan.  Walaubagaimanapun ia mungkin mengandungi sisa telur sepertimana yang tertera di belakang pek. Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk ramuan yang tertera pada pek.

Adakah produk Harvest Gourmet sesuai untuk kanak-kanak?

Produk Harvest Gourmet  boleh dijadikan sebahagian daripada diet kanak-kanak yang seimbang. Walau bagaimanapun, kami menyarankan saiz untuk kanak-kanak adalah separuh daripada saranan yang tertera pada label produk, agar bersesuaian dengan keperluan nutrisi kanak-kanak.

Adakah produk Harvest Gourmet produk organik?

Tidak, disebabkan limitasi sumber bahan mentah.

Adakah soya yang anda gunakan dalam produk anda diubahsuai secara genetik (GM)?

Soya yang digunakan untuk menghasilkan Harvest Gourmet adalah non GMO iaitu bermaksud tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan bukan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen.

Adakah produk Harvest Gourmet mengandungi bawang merah dan bawang putih?

Harap maklum bahawa Schnitzel & Chargrilled Piece mengandungi bawang merah dan bawang putih; Ground Mince & Stir Fry Mince mengandungi bawang putih; Sensational Burger tidak mengandungi bawang merah dan bawang putih.

Adakah produk Harvest Gourmet bebas soya?

Produk Harvest Gourmet berasaskan soya dan gandum. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk senarai ramuan di bahagian pek belakang produk.

Apakah ramuan produk Harvest Gourmet?

Berapakah ukuran hidangan untuk Harvest Gourmet setiap pek?

3 hidangan setiap pek.

JANGAN RAGU-RAGU UNTUK BERTANYA