Harvest Gourmet Chargrilled Kung Pao

Harvest Gourmet Chargrilled Kung Pao

4 hidangan
15 MIN
Mudah

BAHAN-BAHAN

1 sudu besar Minyak Masak
2 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
3 tangkai Cili Kering
300 gram Harvest Gourmet Chargrilled Pieces
1/2 unit Bawang Holland
2 sudu kecil Kicap cair
1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu kecil Kicap Pekat
1 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Cuka epal
2 sudu besar Air
1 sudu kecil Tepung Jagung
30 gram Kacang Tanah
Copy ingredients
Ingredients copied to clipboard!

ARAHAN PENYEDIAAN

1.

Panaskan minyak, tumiskan halia, bawang putih, cili kering. Tumiskan sehingga wangi.

2.

Masukkan Harvest Gourmet Chargrilled Pieces dan bawang Holland, tumiskan seketika.

3.

Di dalam mangkuk, campurkan kicap cair, MAGGI CukupRasa, kicap pekat, gula, cuka epal, air dan tepung jagung. Gaul rata.

4.

Tuangkan bancuhan sos ke dalam kuali, gaulkan rata sehingga kuah menjadi pekat.

5.

Taburkan kacang tanah dan sedia untuk dihidang.

MAKLUMAT NUTRISI
Typical values
Per Serving
Tenaga
243.8 Kilocalories
Protein
20.6 Grams
Karbohidrat
8.4 Grams
Lemak
13.4 Grams