Masukkan Harvest Gourmet Stir Fry Mince, garam, gula, lada putih, minyak bijan, minyak bawang merah dan 35 ml air ke dalam mangkuk kecil dan gaul rata. Kemudian masukkan daun bawang yang telah dihiris, kulat hitam yang dihiris, buah berangan yang telah dipotong dadu, daun ketumbar yang dihiris dan lobak merah yang telah dipotong dadu dan kacau hingga sebati. Setelah sebati, masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
BAHAN-BAHAN
ARAHAN PENYEDIAAN
Pukul telur dalam mangkuk kecil. Ambil kulit wantan dan gunakan jari yang basah untuk melembabkan bahagian tepi kulit wantan. Masukkan satu sudu sup (20gm) inti kebahagian tengah. Lipat dua kulit wantan dan tekan kedua-dua sisi bersama-sama sehingga kemas.
Didihkan air didalam periuk besar sehingga mendidih dan masukkan wantan dan rebus selama kira-kira 1 minit 45 saat sehingga terapung dan inti menjadi masak.
Panaskan kuali dengan minyak bawang merah dan minyak cili pada api sederhana rendah dan tumis hingga wangi. Masukkan 250ml air, kicap, gula, sos tiram, garam secukup rasa, kicap pekat dan campurkan dalam kuali sehingga campuran mendidih. Kemudian ketepikan untuk berehat sehingga mencapai suhu bilik. Masukkan cuka hitam ke dalam campuran dan gaul rata.
Bahagikan dua wantan untuk setiap mangkuk, dan tutup dengan sos cuka cili. Hidangkan!