Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Korean Stir Fry Mince Bibimbab

Korean Stir Fry Mince Bibimbab

Serving 6 hidangan
Duration 40 MIN
TAHAP Sederhana

BAHAN-BAHAN

2 cawan Beras Calrose
3 cawan Air
3 cawan Bayam
2 cawan Taugeh
1 unit Timun Jepun
1 unit Lobak Merah
2 sudu besar Minyak Bijan
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu besar yang diratakan Perisa Cendawan
2 sudu kecil Bijan
2 sudu besar Minyak Masak
3 ulas Bawang Putih
1 paket Harvest Gourmet Stir Fry Mince
1/2 sudu besar Kicap Cair
2 sudu kecil Minyak Bijan
1 sudu besar Madu
2 sudu kecil Bijan
4 keping Rumpai Laut
6 sudu besar Gochujang Sauce
Copy ingredients
Ingredients copied to clipboard!

Korean Stir Fry Mince Bibimbab

ARAHAN PENYEDIAAN

1.

Basuhkan beras calrose. Masukkan kedalam periuk nasi bersama air. Biarkan masak.

2.

Celurkan bayam dan taugeh. Dimangkuk berasingan, gaulkan bayam, taugeh dan timun jepun bersama sedikit minyak bijan, perisa cendawan dan bijan yang disangai.

3.

Hiriskan lobak merah. Tumiskan lobak merah bersama minyak bijan dan tambahkan sedikit kicap cair dan MAGGI CukupRasa.

4.

Untuk menyediakan Harvest Gourmet Stir Fry Mince Bulgogi, panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih yang telah dicincang sehingga kekuningan. Masukkan Harvest Gourmet Stir Fry Mince.

5.

Masukkan kicap cair, minyak bijan, madu dan bijan. Tumis sehingga sedikit garing.

6.

Untuk menghidang, gaulkan nasi dengan minyak bijan. Letakkan didalam mangkuk. Susunkan sayur-sayuran diatas nasi, letakkan Harvest Gourmet Stir Fry Mince Bulgogi, tambahkan sos gochujang dan taburkan rumai paut.

Recipe created by
Muhamamd Hakimi
MAKLUMAT NUTRISI

Typical values

Per Serving

Karbohidrat
45.7 Grams
Tenaga
407.5 Kilocalories
Lemak
19.2 Grams
Protein
14 Grams