Murtabak Mudah

Murtabak Mudah Harvest Gourmet

Serving 16 hidangan
Duration 45 MIN
TAHAP Sederhana

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar Minyak Masak
2 unit Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
3 tangkai Daun Kari
2 paket MAGGI® Sambal Tumis
2 1/2 sudu besar Serbuk Kari
1 paket Harvest Gourmet Stir Fry Mince
150 gram Kentang
1 cawan Air
2 sudu kecil Perasa Sayuran
2 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Pes Asam Jawa
16 unit Kulit Popiah
2 sudu besar Tepung Gandum
1/4 cawan Air
1/2 cawan Minyak Masak
Copy ingredients
Ingredients copied to clipboard!

Murtabak Mudah Harvest Gourmet

ARAHAN PENYEDIAAN

1.

Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga kering. Masukkan MAGGI® Sambal Tumis dan serbuk kari. Kacau rata sehingga pecah minyak.

2.

Masukkan Harvest Gourmet® Stir Fry Mince, kentang dan air. Kacau sehingga sedikit kering.

3.

Masukkan perasa sayuran, gula dan pes asam jawa. Kacau sebati. Ketepikan.

4.

Gaul sebati tepung gandum dan air.

5.

Letakkan inti di dalam kulit popiah dan lipat kemas. Gamkan menggunakan bancuhan tepung. Balut untuk lapisan kedua dan gamkan. Ulang untuk semua.

6.

Panaskan minyak masak, goreng sehingga garing. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Recipe created by
Muhammad Hakimi
MAKLUMAT NUTRISI
Typical values

Per Serving

Karbohidrat
26.6 Grams
Tenaga
290.1 Kilocalories
Lemak
17 Grams
Protein
7.6 Grams