Pai Ayam dengan Harvest Gourmet Mince

Pai Ayam dengan Harvest Gourmet Mince

8 hidangan
1 H. 35 MIN
Sederhana

BAHAN-BAHAN

2 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
1 unit Telur
3/4 cawan Mentega, Tanpa Garam
1/2 cawan Air Sejuk
2 sudu besar Minyak Masak
1 unit Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1/4 inci Halia
1 tangkai Daun Kari
2 sudu besar Serbuk Kari
200 gram Harvest Gourmet Stir Fry Mince
100 gram Kentang
1/4 cawan Air
1/4 cawan Susu Penuh Krim Nestlé
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
50 gram Bayam
50 gram Lobak Merah
1 unit Telur
Copy ingredients
Ingredients copied to clipboard!

ARAHAN PENYEDIAAN

1. Penyediaan Doh

Gaulkan tepung bersama MAGGI® CukupRasa. Masukkan sebiji telur, mentega dan air sejuk. Adun sehingga sebati dan tidak melekat pada mangkuk.

2.

Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

3. Penyediaan Inti

Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga garing. Masukkan serbuk rempah kari, tumis sehingga pecah minyak.

4.

Masukkan Harvest Gourmet® Stir Fry Mince dan kentang, gaul rata.

5.

Masukkan air dan Nestle Just Milk, gaul rata dan renehkan sebentar. Masukkan lobak dan bayam.

6.

Masukkan MAGGI® CukupRasa, gaul rata dan sejukkan.

7. Penyediaan Pai

Canaikan doh, tekap untuk hasilkan 8 kepingan.

8.

Letakkan doh di dalam acuan, masukkan inti dan sapukan telur pada keliling pai dan tutup dengan doh. Tekan kemas bahagian tepi doh.

9.

Sapukan telur di atas pai dan bakar pada suhu 180°C selama 20 min atau sehingga keperangan.

MAKLUMAT NUTRISI
Typical values
Per Serving
Tenaga
380.2 Kilocalories
Protein
9.8 Grams
Karbohidrat
28.5 Grams
Lemak
25.2 Grams