Sayur Campur dengan Harvest Gourmet Chargrilled

Sayur Campur dengan Harvest Gourmet Chargrilled

8 hidangan
18 MIN
Mudah

BAHAN-BAHAN

1 sudu kecil Minyak Masak
1/2 unit Kobis
1 batang Brokoli
1 sudu besar Minyak Masak
3 unit Cendawan Shiitake
1/2 paket Harvest Gourmet Chargrilled Pieces
1 batang Saderi
1/2 paket Cendawan Putih Shimeji
1/2 medium Lobak Merah
1/2 sudu besar Perasa Cendawan
1 cawan Air
1 1/2 sudu besar Sos Tiram Vegetarian
2 sudu besar Tepung Kentang
Copy ingredients
Ingredients copied to clipboard!

ARAHAN PENYEDIAAN

1.

Panaskan minyak masak, tumis kobis cincang dan ketepikan. Rebus brokoli. Ketepikan.

2.

Panaskan minyak masak, tumis cendawan yang dipotong dadu hingga naik bau. Tambah dalam Harvest Gourmet Chargrilled Pieces, saderi yang dipotong dadu, shimeji putih dan lobak merah yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan perasa cendawan, gaul rata.

3.

Untuk sos, masak air, masukkan sos tiram. Masukkan kanji kentang yang telah dilarutkan. Gaul hingga pekat.

4.

Untuk menghidangkan, letak kobis tumis di bahagian bawah, masukkan tumisan sayur, susun brokoli rebus di sekeliling pinggan dan tuangkan sos. Sedia untuk dihidangkan.

MAKLUMAT NUTRISI
Typical values
Per Serving
Tenaga
97.8 Kilocalories
Protein
5.5 Grams
Karbohidrat
10.7 Grams
Lemak
4 Grams